5 FAKTA EVEREST

1.PADA AWAL ABAD KE-19 BARU DUNIA TAHU EVEREST NI PUNCAK TERTINGGI DI DUNIA

Pada 1802, british melancarkan ekspidisi pemetaan benua jajahan India. Akhirnya catatan mereka menunjukkan Everest adalah puncak gunung tertinggi dan bukannya Andes. Ukuran rasmi 29,002 kaki dari paras laut dikeluarkan pada tahun 1852. Hanya pada tahun 1999 barulah alatan GPS pula digunakan dan hanya “lari” 33 kaki shj dari ukuran yang diambil pada 1852! Wow!

 

2. MAYAT SERINGKALI DITINGGALKAN JIKA PENDAKI MENINGGAL DALAM DAKIAN

Lebih kurang 240 orang telah mati dalam misi dakian mereka untuk tawan puncak EVEREST. Salji runtuh, tanah runtuh, ribut salji, tergelincir, mabuk altitut, suhu yang ekstrem, kepenatan melampau merupakan antara kombinasi yang boleh meragut nyawa pendaki. Amat sukar dan bahaya untuk membawa mayat kebawah!

3.PUSAT PEMBUANGAN SAMPAH TERTINGGI DI DUNIA

Botol Oksigen kosong, najis pendaki, sampah sarap, plastik makanan, peralatan mendaki rosak, khemah koyak bersepah. Pada 2011 usaha pembersihan berjaya mengumpul lebih 8 tan sampah sarap dari everest! Kini kerajaan Nepal mewajibkan pendaki untuk bawa balik semua kelangkapan mendaki yang mereka bawa atau $4000 dolar deposit untuk mendaki akan hangus! Padan Muka!

 

4. ADA HAIWAN KE KAT EVEREST?

Taman Negara Sagarmatha yang terletak di kaki Everest ada bermacam haiwan mamalia seperti Harimau Bintang Salji, Rusa Kasuri, Panda Merah dan Kambing Himalaya. Pada aras 20000 kaki keatas pula ada Labah-Labah Himalaya, Burung Gagak dan Angsa!

Panda Merah Himalaya

Labah-labah Himalaya

5. EVEREST ADALAH PUNCAK TERTINGGI DARI PARAS LAUT. KALAU DARI PARAS DASAR LAUT??

Gunung Berapi Kea di kepulauan Hawaii adalah setinggi 33000 kaki dari paras dasar laut! Everest 26000 kaki shj !!

 

Hurry up, FREE POSTAGE until 31st of JUNE only! Dismiss