Kepentingan Permit Hiking

“Tok, permit ni wajib ke buat?”

Mana2 hutan simpan semua kena permit, takda permit penceroboh lah kau…Nak ckp wajib, hukum Tuhan yg wajib pun banyak yg langgar, inikan hukum manusia. Bila dah kena tangkap melekat sticker 3M kat muka masing2,

1. Malu

2. Marah

3. Menyesal

Kita tolak tepi isu permit lambat proses ke, pegawai tak pickup telepon ke, planning last minit ke, isunya takkan korang naik gunung tak buat preparation?

Takkan study trek dan perut saje?

Mane study RISK MANAGEMENT korang?

Permit salah 1 nya…

Ni contoh Permit Hiking

 

KLIK PLAY untuk dengar ulasan

Pendaki Perlu Mohon Permit Jabatan Perhutanan. Mana-mana pendaki yang memasuki hutan simpan di seluruh negara tanpa permit daripada Jabatan Perhutanan Negeri, akan dikenakan tindakan jika ditahan. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Dasar dan Perancangan Datuk Roslan Ariffin ia bagi memastikan tiada pencerobohan hutan berlaku sekaligus memelihara hutan simpan.

INFO TAMBAHAN

Sebab Tok duduk Johor, ni number & alamat Pejabat Hutan Daerah di Johor bagi permohonan permit mendaki bagi setiap daerah di johor yang Tok tahu :

1) Pejabat Hutan Daerah Johor Tengah, Kluang – 07-7725944, fax: 07-7720844
Alamat : Jalan Pejabat Kerajaan, 86000 Kluang, Johor
2) Pejabat Hutan Daerah Johor Utara, Segamat – 07-9312141, fax: 07-9317518
Alamat : Jalan Awang, 85000 Segamat, Johor
3) Pejabat Hutan Daerah Johor Timur, Mersing – 07-7981030, fax: 07-7995352
Alamat : Bangunan Kerajaan, Jalan Sultanah, 86800 Mersing, Johor
4) Pejabat Hutan Daerah Johor Selatan, Johor Bahru
Alamat : Berpindah ke pejabat baru pada awal 2018. urusan permit tidak dapat dijalankan sehingga diberitahu kelak

Negeri lain Tok tengah kumpul.

 

Credit to : Kay Ahmad   | Jabatan Hutan Negeri Johor | Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Hurry up, FREE POSTAGE until 31st of JUNE only! Dismiss