Cara Kaki Hiking Pilih Seluar Hiking

Seluar hiking yang direka khas untuk tujuan mendaki gunung berbeza daripada seluar treksuit/seluar tight/compression/jeans sebab seluar  khas untuk hiking megambil kira trek dakian, keselamatan, keselesaan, kelembapan, dan pergerakan pemakai (pendaki). Selain ciri lasak, anda mungkin perlu menimbangkan ciri-ciri dibawah ini ketika memilih seluar hiking :

1. Cepat Kering

Air adalah musuh utama kepada pendaki. Pada kaki hiking, pakaian yang basah = berat bertambah = PENAT. Setiap gram air pada seluar bermaksud beban kepada kaki hiking. Ciri QUICK-DRY ini WAJIB ada pada seluar hiking kalau tidak mahu “pewai”

Kena pulak trip bnyk air terjun seperti dakian di Kota Tinggi, Johor..Tak tahan tengokkan air sejuk..nak berendam je rasa! Tapi disebabkan kami memakai seluar hiking jenis Cepat Kering. dalam masa tak sampai sejam, seluar hiking yang dipakai sudah kering!

2. Tidak Mudah Serap Air

Cuaca Malaysia yang panas & lembab sepanjang tahun bermaksud hujan akan turun bila2 masa. Ciri ini amat-amat membantu untuk elak seluar hiking basah dek hujan semasa dakian.

Puncak Gunung Rinjani, dengan seluar hiking dari Hydragears.com

3. Elastik

Ciri elastik bukan setakat membantu pendaki melangkah besar dengan yakin, ianya juga amat membantu dalam dakian yang mana tracknya banyak ranting-ranting dan duri tajam. Seluar yang tidak elastik pasti akan terkoyak dengan mudah! Disarankan “Stretcheable Polyester”
kerana kain cotton biasa amat mudah terkoyak dalam dakian seperti ini.

4. Mudah Dijaga

Lumpur / kotoran tanah susah hilang ? Seluar hiking yang berkualiti mempunyai ciri EASY-CARE yang senang dicuci & kotoran mudah tanggal. Ada jugak yg fabrik jenis ANTI-WRINKLE (Anti-renyuk)..wow!

5. Ringan

Item yang ringan dan ringkas cukup sinonim dengan kaki hiking. Seluar hiking yang ringan amat membantu pendaki kerana “every gram`s count”! Lagi-lagi bila dah  “pewai” nanti, tahu lah korang!  Seluar hiking Irau dan seluar hiking Oze ini terkenal dengan ciri binaannya yang amat ringan!

Annapura BaseCamp, dengan seluar hiking dari Hydragears.com

6. “Breatheable”

Jangan pelik atau terkejut kalau ada kaki hiking yang pakai seluar yang sama sepanjang trip 3 hari 2 malam !! sekali tidur malam pun bantai seluar yang sama tak pernah tukar! Bayangkn jika seluar hiking yang dipakai itu tak “BREATHEABLE” ? Terkempap kelengkang ko Mat!

Puncak Gunung Kinabalu dengan seluar hiking dari Hydragears.com

7. Pinggang Getah

Cari yang pinggang ada getah (elastik) separuh pun boleh, asalkan elastik..Almaklumlah, seluar hiking ni bukan nak pakai seminggu dua, beli sekali dan nak pakai bertahun2 punya..Mana tahu tahun depan berat naik sikit…so bertuahlah siapa yang beli jenis pinggang getah!

Puncak Gunung Rinjani, dengan seluar hiking dari Hydragears.com

 

Cari seluar hiking yang lasak dan selesa?

Klik disini untuk harga promosi!

Leave a Reply

Hurry up, FREE POSTAGE until 31st of JUNE only! Dismiss